Wednesday, July 18

Trial PMR


          01.08.2012 <--------------------- Tarikh ni ade 2 event yang penting. 
a) Hari jadi Afiqin Mohd Zaki
b) Trial PMR

          Assalamualaikum. Harini memang risau sangat sebab tak de perangcangan pun lagi untuk trial. Bahan rujukan & buku latihan semua dah ade cuma tak tahu nak mula macam mane. Well, Dulu ade start tapi Hangat-Hangat Tahi Ayam. Buat separuh jalan. Pastu tinggal gitu. So, kalini memang nak buat tapi tak de idea nak mula. Kalau nak buat macam Pertengahan tahun tu memang fail lah jawab nyer. 

         Serius, tak de idea nak buat. Kalau nak buat study group memang tak jadi lah sebab mesti aku tak fokus. And then mesti aku akan buat lawak yang menyebabkan semua tak jadi nak study. Nak refer cikgu, takut cikgu busy. Pergi Nadi, mesti dia bagi latihan je. Tak de pun ajar. Tu yang aku malas nak datang. Serupa jer buat latihan kat rumah. Kalau nak pergi Kasturi, mana boleh dah. Lagi 2 minggu je wei nak Trial and lagi 74 hari je untuk PMR! Hah! Frust nyer! Okay lah, nak study ni *tangan di bahu mata ke atas. 

Friday, July 13

Kekasihku

         
          Hai semua. Today aku tak larat nak senyum sebab aku sedih sangat! Sedih! Teramat-2 sedih! Sebab tak dapat jumpa GF aku. Aku dapat tahu daripada afiqin yang dia pegi shopping dekat Wangsa Walk. So i tried to pujuk ibu tapi tak berjaya jugak. So, punah harapan aku nak berjumpa. Benda tu memang cita-2 aku nak jumpa dia. Kenapa semua orang tak nak sokong ape yang kita minat? Kenapa semua benda yang kita hajat tak ditunaikan? Kenapa! Kenapa! Please, aku dah tak tahu nak buat ape ni. If someone dapat tunaikan hajat ni, aku akan kenang jasa dia sampai bila-2. Aku teringin sangat nak jumpa. Dapat pandang muka dia je pun dah cukup. Okay lah. Nak beradu sambil menitiskan air mata gembira.

Hari Terbuka SMKSP

          Assalamualaikum. Hari ni, 13 july bersamaan hari JUMAAT telah diadakan hari terbuka sekolah. Hari ni lah kitaorang suka sangat *tangan dibahu mata ke atas. Ramai tadi datang, tapi pelajar dia . Hrmmm. Jangan tanye lah. Aku sorang je rajin datang *dengan penuh belagak. Hahaha.

         Well tadi ramai buat cuti sendiri sebab semua tak sanggup dengar cikgu membebel pasal result. Kat rumah pun kene bebel, kat sekolah mesti kauorang tak nak kan? Kalini result aku tak beberapa sihat lah. Nasib baik parent aku tak datang, kalau tak mesti kene hempok dengan penyapu. Hahahaa. Macam meow pulak.

Tadi yang paling lama interview ialah MAMA. Dia semua benda tanye. From A-Z tanye cikgu tu. Cikgu tu pun sampai dah tak larat kene bebel. Hahaha. Cikgu pun naik fedup layan. Tapi aku risau jugak lah dengan mama sebab cikgu tu pergi ungkit balik pasal semalam. Benda duduk je pun. Hishhh. Nak tengok result? nah!

MAAF DIATAS KESILAPAN PRINT SCREEN.

Kedudukan dalam kelas: 2NE1 ^_^ Kau hado? hahahah. Result aku ialah 21. 2B3C3D . Tak sihat kan ? Hrmmm. tu lah. I nak masuk kasturi tapi dah lambat. So kene study sendiri. Okay lah. Esok pulak i update :D


Thursday, July 12

Tukar uniform


          Today pakai uniform lama! Hahaha. Nampak chubby kan aku? yes i am. Hahaha. Aku sendiri tak caya yang uniform ni masa form 1. Tak caya? Meh tengok saiz baju aku. Hohohoho. Aku mane ade gemuk. Aku semakin kurus tau. 
          Seluar aku pun dah singkat. Ramai yang gelak pasal tu. Well, aku tak ambil kisah pun pasal tu. Tapi, bila fikir balik rasa malu pun ade pakai baju ni. Mane tak nyer, dah dekat 2 tahun baju ni baru aku pakai. Hahahah berjimat cermat. Sesungguhnya MEMBAZIR TU AMALAN SYAITAN! . Hohoho udah jadi ustaz pulak hhahahha. 
          Tapi ade satu je yang tak lengkap. Iaitu KASUT! tadi aku pakai kasut hitam. Pelik doh pakai uniform sekolah kasut hitam. Tak pe, nanti aku beli kasut yang baru ^_^ And then masa balik aku singgah lah carefour, pastu aku beli benda ni. ↓


          Jeles tak? aku beli stokin WONDER GIRLS! gambar Lim. Hahaha. Comel kan? hohoho. Sebenarnyakan banyak lagi. Antaranya: BIGBANG, 2PM, 2NE1, GIRLS GENERATION, and bnyk lagi. Aku beli stokin ni sebab Lim memang comel! Nak beli top tapi saiz dia untuk perempuan. Tak de saiz lelaki. Alololo. Sedih nyer. 
          Pastu tadi masa nak bayar confuse, nak pilih Minzy 2NE1 atau yang ni. So aku beli yang ni. Esok aku beli yang 2NE1 tu. Hahah.Tamak kan? tak pe. Kpoppers je yang boleh tamak . Hahahaa. Lokasi dia kat dengan kaunter pertanyaan. Yang ade jual gerai banyak-2 tu. Kat situ lah. Kau cari je. Dari jauh kau boleh nampak signboard. Aku menunjuk? Yes iam. Memang aku menunjuk sebab nak bagi kauorang jeles. hohohoh. Aku ade Wonder Girls. Kau hado? hahahahaha. Okay lah. Nanti aku post stokin 2NE1 pulak ^_^

Wednesday, July 11

My daily life

          Harini as usually pergi sekolah but kalini terserempak dengan Miera . Jalan-jalan dah sampai sekolah. Beratur lah macam biasa. Pastu Afiqin datang kat aku cakap yang Ayerp dah tahu GF Afiqin sape. Aku pun terkejut lah sape yang bagitahu. I think maybe dia dapat tahu drp twitter. So, macam biasa beratur. Pastu ade perjumpaan pengawas. Dia cakap yang pengawas form 3 kene berhenti dan tak boleh sambung balik. Benda aku mane ade duit nak beli baju putih. Tengah bulan pulak tu. Mummy aku pun gaji hujung bulan. Kene pakai duit aku dulu. Aduii, sayang betul. Baru ingat nak beli handphone baru. 
           
          Pastu pergi lah tukar baju sebab harini ade PJK. Aku pun tukar lah baju. Pastu yang best nyer main badminton dengan Afiqin,Irsyad & Bukha. Hahahha. best!. 
Masa main tu aku panggil dia "daddy" sebab haritu cikgu sebut nama aku "Muhammad Shafiq bin Bukharuddin". Hahahahah. Malu aku time tu. Okay okay.  Time main tu kitaorang asyik gelak je. Main gelak main gelak. Tu je lah kerja aku. Hahahaha. Lepas main tu aku tengok MieraAtikah dah baik. Mungkin dah okay kot pasal folio tu.


           Pastu aku pergi lah dewan dengan AfiqinAtikah. Sebelum tu aku pergi lah kelas crush. Saje je nak datang sebab aku ingat nak check meja dia kat mane. Pastu bila dah jumpa, kat meja dia ade nama crush dia. Hrmmmm. Tak de lah patah hati/sedih . Pergi dewan pulak nampak CRUSH ! Punya lah gembira aku tengok dia. Aku duduk je terus pandang dia, tapi mungkin dia tak perasan kot yang aku pandang dia. Pastu bunyi loceng. Punya lah sedih nak tinggalkan dewan sebab nak tengok crush. Hahahah. Rindu. 


          Lepas tu aku pergi lah makmal. Time OTW, tetiba aku pening. Tak tahu kenape. Tetiba . Dari masa science hingga math aku rasa macam nak demam. Time agama tu aku dah okay sikit lah. Pastu balik rumah. Sampai sekarang aku still rasa pening. Aduii, i hope crush boleh teman aku. Hhahahha. Okay lah. Dah cukup for today ^_^